I made this widget at MyFlashFetish.com.

Hargailah kehidupan seharian kita kerana kita hidup di dunia ini hanya sekali...

Tuesday, May 25, 2010

HaDiS2 PeRbAiKi AkHlAk & AmAlAn.....

Hadis ke 10 m/s 21

Hadzrat Abdullah Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidakkah Aku khabarkan kepadamu wasiat Nuh a.s kepada anaknya”.Mereka berkata, bahkan ya Rasulullah. Baginda s.a.w bersabda: “Nuh a.s mewasiatkan anaknya, “Wahai anakku aku mewasiatkan kamu dgn ucapan Lailaha illallah, jika kalimah ini diletakkan di dlm satu timbangan, langit & bumi ditempatkan ditimbangan yg lain, nescaya kalimah ini akan lebih berat lagi. Walau ia di dalam lingkaran yg kukuh nescaya akan mematahkan lingkaran itu sehingga menghadap kpd Allah s.w.t & aku mewasiatkan kamu dgn ucapan Subhanallahi ‘azim wabihamdihi, sesungguhnya ia adalah ibadat dr seluruh makhluk & dgnnya rezeki mereka diberikan & aku melarang kamu dari dua perkara: Syirik & Kibir (sombong) krn kedua-dua sifat ini menjauhkan manusia dari Allah s.w.t. (H.R Bazar, Majma uz Zawaid)

Hadis ke 120 ms/85

Dari Anas r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya besarnya pahala adalah bergantung dgn besarnya ujian @ penderitaan. Dan sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum. Dia akan menguji mereka (dgn penderitaan). Oleh sebab itu, barangsiapa yg redhai ujian Allah. Allah juga akan meredhainya. Dan barangsiapa yg tidak redha, maka Allah juga tidak meredhainya. (H.R Tarmaizi)

Hadis ke 131 m/s 99

Dari Shaddad ibn Aus meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda : Org yg bijak itu ialah org yg sentiasa menghisab (memperbaiki) akan dirinya & beramal dgn amalan yg akan dibawa selepas mati. Dan org yg bodoh itu ialah org yg sentiasa mengikut keinginan hawa nafsunya & berangan-angan mendapat (pengampunan) Allah. (H.R Tirmizi)

Hadis ke 132 m/s99

Dari Ibnu Umar r.a berkata: Aku datang kpd Nabi s.a.w bersama-sama sepuluh org sahabat yg lain. Salah seorang drpd sahabat Ansar bangun bertanya : Wahai Nabi Allah, Siapakah org yg paling bijaksana & tegas? Baginda Rasulullah s.a.w menjawab: Mereka itu ialah org2 yg banyak mengingat mati & membuat persiapan dgn amal utk dibawa mati sebelum datangnya kematian. Mereka itulah org yg pergi dgn kemulian dunia & mendapat penghormatan akhirat. (H.R Tabrani, Majma uz Zawaaid)

Hadis ke 176 m/s133

Dari Umar r.a meriwayatkan bahawa pada satu hari Nabi s.a.w telah berkhutbah. Didlm khutbahnya beliau bersabda: Ingatlah! Sesungguhnya kehidupan dunia adalah sementara (& tidak ada nilainya). Oleh itu ia dibahagi-bahagi kpd org yg baik & org yg fajir utk dimakannya. Dan ingatlah bahawa kehidupan akhirat ialah satu ketetapan yg pasti dan ia diputuskan oleh Raja yg Menguasi. Ingatlah bahawa segala kebaikan & bentuk-bentuk pembalasan kebaikan tdpt didlm syurga, begitu juga keburukan & segala bentuk balasan keburukan tdpt didlm neraka. Fahamilah baik2! Apa yg kamu lakukan, lakukanlah krn semata-mata takut kpd Allah s.w.t. Ingatlah bahawa apa yg kamu lakukan akan dibawa dihadapan Allah s.w.t. Barangsiapa yg melakukan satu amal kebaikan walau sebesar zarrah akan diperlihatkan & barangsiapa yg melakukan kejahatan walau sebesar zarrah juga akan diperlihatkan (H.R Musnad Syafie)

Hadis ke 193 m/s 142

Dari Abdullah ibn A’mr r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yg berdoa kpd Allah s.w.t, Allah akan memasukkannya dikalangan org2 yg bersyukur dan bersabar & barangsiapa yg tidak berdoa dgn doa ini Allah tidak akan menuliskan dikalangan org2 yang bersyukur & bersabar. Dan barangsiapa yg melihat seseorang yg lebih baik dr segi agamanya & dia mengikutinya & mengenai perkara dunia dia melihat org yg lebih rendah drpdnya & dlm keadaan itu dia bersyukur kpd Allah s.w.t (dgn kurniaan & limpah Rahim Allah s.w.t), Allah akan meletakkannya dikalangan org2 yg bersyukur & bersabar & barangsiapa yg melihat kpd org yg kurang agamanya & melihat org yg lebih dr segi dunianya & sentiasa mengeluh dlm memperolehi dunianya & sentiasa mengeluh dlm memperolehi dunianya yg kurang, maka Allah s.w.t tidak akan menggolongkannya di kalangan org yg bersabar & di kalangan org yg bersyukur. (H.R. Tarmizi)

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates